assalam.. ayini nak kongsi cket pasal 12 sifat sahabat sejati..
alqamah berpesan
kepada puteranya mengenai sifat sahabat. Katanya “Wahai anakku, sekiranya
engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, pilihlah orang yang
mempunyai sifat berikut…
v Jika
engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungimu..
v Jika
engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu.
v Jika
engkau perlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantumu.
v Jika
engkau menghulurkan kebaikan kepadanya, dia akan menerima dengan baik.
v Jika
dia menerima bantuan daripadamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu
itu.
v Jika
dia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, dia akan menutupnya.
v Jika
engkau meminta bantuannya, dia akan berusaha membantumu.
v Jika
engkau berdiam diri(kerana malu untuk meminta), dia akan bertanyakan
kesusahanmu.
v Jika
engkau berkata kepadanya, dia akan membenarkanmu.
v Jika
engkau merancang sesuatu, nescaya dia akan membantumu.
v Jika
kamu berselisih faham, dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan
persahabatan
so kawan2,, carilah sahabat yg sebaik2 sahabat rasulullah...
InsyaAllah akan membawa sama2 kite ke syurga..
ok sahabat2 saye!!
ukhwah fillah ye....
assalam:)
No comments:
Post a Comment
cakaple sumthing kt saye:)