Pages

10 Tips for Practicum | Part 1

Thursday, September 12, 2019

Alhamdulillah

It's a relief that I finish my practicum!

No need to think about lesson plan.
No need to think what activities should I do for tomorrow's class.
No need to think about observation from lecturer and GP.
No need to think about reflective journal every week.

It's a freedom!

Let's celebrate it!

Hehe. All in all, I'm feeling grateful. Alhamdulillah.


Actually this post just a sharing from me about my practicum experience before it's expired from my mind. Hee. 


Reminder :  This tips are mostly applicable for ipg students .


Let's get started.


Ok untuk pengetahuan, praktikum ini ialah subjek wajib bagi semua pelajar IPG selama 12 minggu (3 bulan).

Basically, ia sebagai latihan mengajar di sekolah-sekolah terpilih kepada bakal guru sebelum menghadapi dunia sebenar pengajaran di sekolah.

Ok praktikum saya start right after raya 10/6/2019 (Isnin)- 05092019 (Khamis)

Balik-balik raya terus kena masuk sekolah, dengan mood dam dam dum bunyi mercun tak habis lagi ni kena bersiap sedia nak jadi kami guru malaysia ni.

Ok, let's focus on the topic.

What should you do for practicum?

1. Study.

Sebelum start praktikum saya adalah study sikit-sikit. Belek-belek buku nahu, sorof dan kitab-kitab yang berkaitan untuk refresh balik ilmu-ilmu yang dah belajar masa zaman degree dulu. Yelah kita tak tahu lagi, kita kena ajar tingkatan berapa kan. Just get ready! Focus on topics from their DSKP.

2. Research


I'm also doing a "kind of" research for learning activities in classroom. You know right, that our government nowadays promote the 21st Century Learning. Jadi kena banyak cooperative learning, active learning, student centered and whatever what not. Tahu-tahu jelah kan teaching thingy ni. Ok do some research ok!


Now, nak cerita mana nak cari this kind of activities ni.


First, boleh refer balik buku pedagogi yang kita dah belajar kat IPG. Aktiviti PAK 21.

Another alternatives , saya cari di Pinterest.
Pinterest ni magic apps la untuk saya. Just type apa-apa yang kita nak. Learning activities, evaluation, classroom management, etc. Poof in a second, dia akan beri kita suggestions macam-macam. Bukan sahaja untuk educations.
Nak cari idea untuk decoration, idea untuk memasak, tips untuk kurus pun boleh.tehee.
Just give it a try, nanti you akan addict. Hehe.

Sumber yang kedua adalah guna Instagram.

Di samping tengok ootd instafamous dan mencari baju kurung ironless (biasalah cikgu) banyak je info pasal teaching dekat instagram yang kita boleh dapat.
Kalau saya saya akan follow teachers' instagram from oversea. Depa sangat banyak idea buat bbm dan aktiviti yang menarik plus tips for class management. 

Ada few suggestions you guys can follow:


@twonewteachers

@fromthepond
@mederwbtsmarties
@grade3withmrst

Boleh juga, cari dari local punya website dan fb group untuk teachers.

Eg:
bahasasyurga.net (bahasa arab)
gpsbestari.com 
TcherCollection - TC (FB)

Idea memang banyak,yang penting guru tu sendiri kena rajin :)


3. Survey Sekolah


Kita mesti dah tahu kan sekolah mana yang kita dapat, so pergi sekolah tu awal sebelum tarikh praktikum sebenar. Lebih kurang macam lapor diri untuk kenal-kenal dengan pentadbir, untuk dibahagikan guru pembimbing masing-masing untuk dapatkan gambaran awal kelas mana yang kita akan ajar dan sebagainya. Biasanya, jadual yang lebih detail akan disusun masa minggu pertama kita praktikum. 


4. Cari Penempatan


Tips juga kenapa kita perlu pergi awal ke sekolah tersebut ialah untuk mencari penempatan. Bagi student yang tak dapat duduk kolej tu cuba risik-risik tanya pentadbir kekosongan rumah warden. Kalau ada rezeki boleh duduk free. Jimat sikit duit nak bayar duit sewa rumah. Plus, boleh spend beli bbm pelajar.  Fyi, bukan sikit-sikit ye duit nak spend untuk bbm pelajar ni :D


5. Stationary 

Make sure ada stationary yang cukup. Marker pen, duster, pen hitam/ biru, merah, stapler, puncher, beli siap-siap kertas mahjung yang sebundle, beli manilla card banyak2, tic tac yang macam playdough yang boleh lekat kat dinding, salotape dsb. Untuk tambahan, saya beli laminate paper jugak supaya bbm tu nampak smart gitu, laminator tu kami guna office punya je.


6. Equipment


Penting juga beli printer yang tahan lama ink dia. Untuk print bbm, rph, document2 untuk portfolio dsb. Saya cadangkan beli printer Canon G2010 series. Harga agak pricey RM 500+ tapi berbaloi sebab ink murah dan tahan lama. Dari awal tahun sampai sekarang ink tak habis-habis lagi. Advantage bila kita print colour-colour ni portfolio lagi cantik, boleh dapat markah banyak, plus bbm tak sendu, hitam putih sahaja. Kalau beli printer biasa tapi kena selalu top up ink pun harga jadi lebih kurang jugak ye dok? Ini untuk orang yang berkemampuanlah.Tak paksa.


Selain printer, LCD juga penting bagi meraikan penggunaan TMK dalam pdp.  Saya cadangkan beli LCD Epson yang boleh dapat RM1300+ di Lazada. Again, siapa yang mampu boleh beli sendiri, kalau tak, boleh pinjam sekolah punya sahaja. Not compulsory.



Selain LCD, speaker salah satu alat penting untuk pengajaran bahasa sebab kita ada belajar kemahiran mendengar. Jadi, tanpa speaker agak sukar untuk melakukan kemahiran ini. Tetapi, tidak menjadi masalah jika guru tersebut mempunyai suara seperti speaker.Hiks. Murah sahaja speaker sekarang ni. Saya punya harga RM18. Make sure boleh bluetooth atau ada AUX yang boleh connect wire ke phone atau laptop.


7. First Day-Introduction


Untuk hari pertama masuk kelas untuk taaruf atau introduction, jangan buat biasa-biasa je like bangun, kenalkan nama, tinggal kat mana etc etc. Boleh je sebenarnya. Tapi kita bagi nampak wow sikit, first impression kat student. So saya buat camni. . Kita boleh buat aktiviti sikit, cari nama student siap2, buat kertas lipat kecil2 tulis nama student, suruh depa cabut randomly dan taaruf kawan depa tu, sebab saya cikgu bahasa arab, so saya suruh depa taaruf dalam bahasa arab. Lepas habis tu, suruh depa ulang nama pendek depa dari depan sampai belakang. Of course, take timelah nak ingat nama tu kan. Slowly but surely ye dok.

Last sekali, kita bagi sticky note sorang satu, suruh depa tulis harapan mereka terhadap kita dan pengajaran kita.

8. Class Rules


Not to forget, class rules masa hari pertama. Boleh bagi tahu apa pantang larang dalam kelas. Kalau rajin buat satu kad manila dan tampal dekat kelas depa.


9. Lesson plan/ RPH.  


At least, do one day before your class or  kalau rajin lagi seminggu sebelum pun lagi bagus. Yeah I know, lesson plan practicum ni details dan boleh cecah 10 pages. Allahu. Syukur ipg bagi taip bukan tulis tangan. Tapi jangan ditangguh ye anak-anak. Nanti bila dah menggunung menangis jugak nak buat dia. Nanti buatlah folder siap2 by week untuk rph tu. Kalau nak work smart lagi labelkan rph tu kemahiran apa (untuk language teacher) supaya in the future kalau drain idea nak buat aktiviti apa boleh kopipasta sahaja aktiviti dan tukar tajuk. Lagi baik kita cari aktiviti barulah baru guru inovatif gitu.


10. Jurnal Reflektif


Untuk jurnal reflektif kena buat setiap minggu. Apakah jurnal ni? Namanya sahaja reflektif, maka tujuannya tak lain tak bukan untuk refleksi pdp kita sepanjang seminggu.Cari satu masalah tak kisah tentang, pelajar, pdp atau guru sendiri. Cari penyelesaian BESERTA kajian lampau tentang isu tu. (iaitu citation ye) dan kena ada rujukan diakhirnya. Penulisan juga perlu kritis macam kita buat esaimen. Jumlah muka surat lebih kurang 3-4 ms sahaja.

Ini juga jangan ditangguh ye :)



Ada banyak lagi saya nak share. Tapi rasa macam panjang sangat.

Kita sambung part 2 ye :)
Wassalam.


 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS